Pernah tak anda terfikir, “Macam mana orang boleh buat duit online hanya dengan share link?”
Atau mungkin anda sendiri dah banyak kali nampak orang promote link produk sana sini tapi tak pasti macam mana sebenarnya sistem tu berfungsi.
Jawapannya: mereka sedang buat duit melalui affiliate marketing.
Kalau anda baru nak mula, artikel ini ialah panduan affiliate marketing untuk pemula.
Khas untuk bantu anda faham asas, cara mula, dan strategi untuk mula jana pendapatan walaupun tanpa produk sendiri.
Panduan Affiliate Marketing Untuk Pemula – Apa Itu Affiliate Marketing?
Affiliate marketing ialah satu bentuk perniagaan.
Di mana anda memperkenalkan produk atau perkhidmatan orang lain.
Dan bila orang beli melalui link khas anda, anda akan terima komisen.
Contohnya, anda daftar sebagai ejen affiliate satu syarikat telekomunikasi.
Mereka beri anda link khas.
Anda promote link tu di WhatsApp, Facebook atau TikTok.
Bila ada orang klik dan daftar, anda dapat komisen.
Mudah kan?
Panduan Affiliate Marketing Untuk Pemula – Kenapa Ramai Orang Suka Buat Affiliate?
Affiliate marketing semakin popular sebab :
- ✅Tak perlu cipta produk sendiri
- ✅ Tak perlu simpan stok
- ✅ Tak perlu hantar barang
- ✅ Modal permulaan rendah
- ✅ Boleh dijalankan 100% dari rumah
- ✅ Boleh dijadikan pendapatan pasif jangka panjang
Kalau anda pelajar, suri rumah, pekerja makan gaji.
Atau sesiapa saja yang ada akses internet, anda BOLEH mula.
Panduan Affiliate Marketing Untuk Pemula – Siapa Yang Sesuai Buat Afiliate?
Siapa yang sesuai buat bisnes affiliate ini?
- Suri rumah yang nak duit sampingan tapi sibuk urus anak
- Pelajar IPT yang nak tambah duit belanja
- Pekerja makan gaji yang cari income kedua
- Pesara yang masih bertenaga dan nak buat kerja ringan
- Influencer kecil-kecilan di TikTok, Instagram atau Facebook
Pendek kata, affiliate marketing sesuai untuk sesiapa saja yang sanggup belajar dan konsisten buat kerja promosi.
Panduan Affiliate Marketing Untuk Pemula – Langkah-Langkah Untuk Mula Buat Affiliate Marketing
Nak belajar langkah-langkah untuk mula buat affiliate marketing, anda kena :
#1 Pilih Platform Affiliate Yang Sesuai
Antara platform popular di Malaysia :
- Shopee Affiliate
- Involve Asia
- ClickBank (global)
- Tone Wow (produk telekomunikasi)
- Zalora / Lazada Partner
Pilih yang sesuai dengan minat anda.
Kalau anda suka promosi produk fizikal, Shopee mungkin sesuai.
Tapi kalau anda nak income pasif dari servis yang orang guna tiap bulan (contohnya simkad).
Program seperti Tone Wow lebih stabil untuk jangka masa panjang.
#2 Daftar & Dapatkan Link Affiliate Anda
Lepas daftar, anda akan diberi satu pautan khas.
Link ini ada “kod penjejak” yang akan mengenal pasti pelanggan yang datang dari promosi anda.
Jangan kongsi link orang lain.
Pastikan link tu milik anda.
#3 Belajar Serba Sedikit Tentang Produk
Jangan terus main redah je.
Kenali produk yang anda promosikan :
- fungsi
- manfaat
- siapa target market dia
- Dan kenapa orang perlu beli
Contoh kalau anda promote simkad Tone Wow.
Fahami kelebihan pelan data, cashback dan peluang jana pendapatan dari program itu sendiri.
#4 Gunakan Platform Yang Anda Selesa
Tak semua orang selesa buat video TikTok.
Ada yang lebih selesa menulis status Facebook, buat blog atau WhatsApp kawan-kawan.
Pilih satu atau dua platform untuk fokus dulu.
Contoh:
- Facebook Personal
- TikTok (buat video ringkas)
- WhatsApp (broadcast list)
- Blog (tulis review & pengalaman)
- YouTube Shorts (jika rajin buat video)
#5 Gunakan Sistem Follow-Up Jika Ada
Ramai affiliate gagal sebab mereka tak pandai follow-up pelanggan.
Tapi kalau platform affiliate anda sediakan sistem automatik follow-up.
Anda dah ada kelebihan besar.
Contohnya dalam Tone Wow, sistem akan simpan prospek yang klik link anda.
Dan hantar siri mesej automatik (WhatsApp/email) yang bantu close sale.
Anda tak perlu mesej satu-satu.


Panduan Affiliate Marketing Untuk Pemula – Tips Promosi Affiliate Untuk Pemula
Tips nak promosi affiliate untuk pemula, anda seharusnya :
✅ Tulis ayat yang simple dan menarik
✅ Kongsi pengalaman sendiri – bukan ayat jualan semata-mata
✅ Letak call-to-action yang jelas (“Klik link ni untuk daftar”, “Tekan sini untuk info lanjut”)
✅ Guna gambar atau video pendek jika boleh
✅ Update status secara konsisten – orang kena nampak anda “hidup” dan aktif
Panduan Affiliate Marketing Untuk Pemula – Soalan Lazim Tentang Affiliate Marketing
1. Kena pandai menjual ke?
Tak perlu.
Yang penting, anda boleh belajar asas copywriting dan pandai bercerita.
Jangan terus ‘hard sell’.
2. Modal besar ke nak mula?
Kebanyakan platform affiliate percuma untuk join.
Ada juga yang perlukan sedikit yuran sekali seumur hidup.
Tapi sangat rendah jika dibandingkan dengan kos buka bisnes sendiri.
[ Baca sini : Kelebihan Bisnes Affiliate Tone Wow ]
3. Kena ada laptop ke?
Tak semestinya.
Guna telefon pun dah cukup.
Ramai orang jana RM1,000+ sebulan hanya dengan guna telefon dan internet.
Panduan Affiliate Marketing Untuk Pemula – Sertai Webinar Affiliate Percuma
Kalau anda serius nak mula, tapi tak tahu nak mula dari mana.
Saya jemput anda join webinar affiliate marketing percuma khas untuk projek affiliate Telco Tone Wow.
Anda akan dapat secara PERCUMA :
- Akses bahan promosi Telegram
- Channel pembelajaran Telegram
- Sesi webinar pembelajaran (untuk ahli)
- Sesi webinar penerangan (untuk prospek)
- Group support WhatsApp
- Sistem follow-up automatik melalui emel & WhatsApp
- Reward bulanan
Webinar affiliate marketing ini akan dijalankan secara online.
- Jam : 9 malam
- Hari : Ini
- Tempat : Rumah anda
- Platform : Online
Dalam webinar ni, anda akan belajar :
- Cara buat duit dengan affiliate Telco Tone Wow tanpa perlu simpan stok
- Langkah demi langkah mula promosi dari rumah
- Strategi follow-up yang tak ganggu prospek
- Bagaimana jana pendapatan pasif walaupun anda bekerja atau sibuk
Mari daftar webinar ini dulu & rasai bagaimana sistem follow-upnya berfungsi untuk bantu anda close pelanggan masing-masing.
Klik butang di bawah untuk tempah tempat anda.