6 Langkah Bagaimana Nak Berjaya Dalam Affiliate Marketing

Affiliate marketing semakin popular dan diminati ramai dalam dunia bisnes online sekarang ini.

Kebanyakannya akan bersetuju bahawa ia adalah salah satu cara terbaik untuk menjana pendapatan secara online.

Affiliate marketing adalah satu model bisnes di mana seseorang mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain.

Dan memperoleh komisen bagi setiap jualan yang terhasil melalui pautan khas.

Kelebihan Affiliate Marketing

Antara kelebihan affiliate marketing berbanding bisnes dropship, termasuklah : 

  1. Modal Rendah – Untuk bermula, seseorang tak perlukan modal yang tinggi
  2. Risiko Rendah – Seseorang juga tak perlu risau tentang stok atau masalah penghantaran
  3. Mudah Dimulakan – Hanya perlukan akses internet dan platform pemasaran
  4. Banyak Pilihan Produk – Seseorang juga boleh mempromosikan pelbagai jenis produk dari pelbagai niche kategori

Langkah Bermula Dalam Affiliate Marketing

Jika anda belum tahu bagaimana bisnes affiliate ini berjalan.

Sila tengok di bawah.

Kami kongsikan 6 langkah penting bagaimana affiliate marketing berjalan.

Kami cuba huraikan secara terperinci satu persatu.

#1 Daftar Sebagai Ejen

Untuk pendaftaran, kebanyakan penyedia perkhidmatan affiliate tidak mengenakan sebarang yuran.

Anda boleh bermula dengan platform pilihan sendiri seperti :

  • Shopee
  • Lazada
  • Involve Asia
  • Tik Tok
  • ClickBank – produk antarabangsa
  • JVZoo – produk antarabangsa

Klik laman pendaftaran.

Kemudian daftar seperti biasa menggunakan emel masing-masing.

#2 Dapatkan Link

Dalam bisnes affiliate, link (pautan khas) adalah tools yang sangat penting.

Masuk ke dashboard penyedia perkhidmatan affiliate dan dapatkan link unik untuk produk yang anda nak promosikan tersebut.

Biasanya dalam affiliate, sistem mereka akan mengamalkan LMW (last men win)!

Maksudnya kalau anda menjual ebook Rujukan Psikometrik SPA kepada prospek bernama Ahmad.

Sistem akan assign jualan kepada anda sekiranya Ahmad klik link anda.

Tetapi sekiranya Ahmad klik link anda, kemudian dia klik link penjual B dan dia membuat pembelian, maka sistem akan assign jualan tadi terus kepada penjual B.

Faham?

Itu maksudnya last men win!

#3 Bina Content

Apa maksud content?

Content bermaksud kandungan berkaitan kelebihan produk atau review produk tersebut.

Yang mana kandungan ini boleh jadi :

  • Artikel (seperti yang anda sedang baca ni)
  • Video
  • Gambar

Dan kandungan-kandungan ini perlu anda sebarkan ke serata-rata media sosial seperti :

  • FB
  • Twitter
  • Instagram
  • Tik Tok
  • Forum

#4 Bina Kolam

Dalam affiliate marketing, anda dinasihatkan untuk membina kolam tersendiri.

Fungsi kolam adalah sebagai tempat berkumpulnya prospek atau subscribers anda tersendiri.

Kolam adalah tempat untuk anda educate prospek tentang sesuatu produk.

Kolam juga adalah tempat untuk anda berhubung dengan prospek in-real time.

Jadi ia akan menimbulkan kepercayaan prospek dan lebih mudah untuk mereka membeli secara terus.

affiliate marketing
Contoh penggunaan kolam | Kredit : FB Akma Omar

Antara tempat yang boleh dijadikan kolam termasuklah :

  • FB group
  • WhatsApp group
  • WhatsApp channel
  • Telegram group
  • Telegram channel
  • Emel autoresponder (kaedah old school)

#5 Promosikan Link

Prospek dah ada dalam kolam.

Apa nak kena buat?

Di sinilah anda educate prospek secara berkala dan beri link affiliate anda kepada mereka.

Jualan akan banyak terhasil di sini.

Namun, dalam keadaan tertentu fungsi kolam adalah tidak diperlukan.

Sekiranya anda buat affiliate Tik Tok.

Mengikut pengalaman kami, akaun Tik Tok itu sendiri sudah berfungsi sebagai kolam. 

#6 Komisen

Bila berlakunya jualan, anda akan menerima komisen seperti di bawah.

affiliate marketing
Contoh emel yang diterima menunjukkan jualan telah terhasil | Kredit : Gmail

Cara Buat Affiliate Marketing

Cara buat affiliate marketing tidaklah begitu sukar jika anda tahu rahsianya.

Cuma kelemahan affiliate dan bisnes dropship adalah.

Kita jarang jumpa produk yang boleh bagi passive income secara automatik.

Bulan ni, anda jual 30 unit.

Agak-agak bulan anda kena jual berapa untuk maintain komisen?

Biasanya KPI akan sama. Anda kena jual 30 unit juga.

Sama bilangannya!

Jadi, ada tak produk yang boleh beri kita jualan secara automatik?

Ya! Jawapannya ada.   

Oleh sebab itu, alang-alang anda dah baca sampai ke sini.

Ada satu idea bisnes affiliate marketing yang nak kami kongsikan dengan anda.

[ Baca sini : Bisnes Online Terbaik & Praktikal Tahun 2025 ]

Ideanya adalah anda perlu buat bisnes affiliate yang ada 6 ciri-ciri berikut :

  • produk keperluan
  • tak perlu servis pelanggan
  • jualan berlaku secara auto
  • tidak membebankan
  • boleh dijalankan secara part-time
  • peluang jana passive income

Kenapa kena ada 6 ciri di atas tu?

Penting sangat ke?

Semua akan dikongsikan dalam webinar percuma affiliate marketing yang boleh beri passive income secara automatik.

Jemput join webinar ini terlebih dahulu ya. 😀

  • Tempat : Rumah masing²
  • Masa : 9 malam
  • Alat : Handphone atau laptop
  • Mode : Online

Dengar kemudian buat penilaian sama ada berbaloi atau tidak.

Mana tahu mungkin inilah peluang affiliate marketing yang anda cari.

Daftar sekarang dengan klik butang WhatsApp di bawah.

bisnes online dari rumah

Leave a Comment