Dah lama buat affiliate tetapi tak pernah dapat sale?
Ke pernah dengar pasal tapi tak tahu nak mula macam mana?
Usah risau kerana dalam artikel ini, kami akan kongsikan :
- apa itu affiliate
- bagaimana ia berfungsi
- cara-cara nak bermula
Apa Itu Affiliate Marketing?
Affiliate adalah antara satu model bisnes online yang popular.
Di mana anda mempromosikan sesuatu bisnes, produk atau perkhidmatan orang lain melalui pautan khas tersendiri.
Dan memperoleh komisen bagi setiap jualan yang terhasil.

Bagaimana Affiliate Marketing Berfungsi?
Untuk lebih jelas bagaimana affiliate marketing berfungsi, lihat prosesnya di bawah.
- Daftar sebagai ejen
- Dapatkan pautan khas bagi produk yang ingin dipromosikan
- Promosikan produk tersebut melalui media sosial, blog, atau laman web
- Apabila pelanggan membeli melalui pautan anda, anda akan mendapat komisen
Kelebihan Bisnes Affiliate
Antara kelebihan bisnes ini termasuklah :
- Modal Rendah – Tidak perlu membeli stok
- Risiko Rendah – Tidak perlu risau tentang stok atau masalah penghantaran
- Mudah Dimulakan – Hanya perlukan akses internet dan platform pemasaran
- Banyak Pilihan – Boleh mempromosikan pelbagai produk dari pelbagai niche
Cabaran Dalam Bisnes Affiliate
Walaupun bisnes ini mempunyai banyak kelebihan.
Terdapat juga beberapa cabaran yang perlu dihadapi :
- Persaingan – Bukan anda sahaja yang menjalankan bisnes ini, ramai lagi
- Kebergantungan – Jika HQ mengubah polisi atau memotong komisen, pendapatan anda boleh terjejas
- Masa – Biasanya seseorang perlukan masa untuk bina kepercayaan pelanggan
Cara Buat Bisnes Affiliate Untuk Newbie
Sekarang kita pergi ke bahagian yang penting iaitu langkah-langkah bagaimana nak buat affiliate untuk newbie.
#1 Pemilihan Niche
Langkah pertama adalah pemilihan niche yang betul.
Banyak niche yang boleh disertai di Malaysia.
Ada antaranya niche untuk produk digital seperti :
- Bisnes online
- Bisnes
- Percutian
- Kerjaya
- Temuduga
- Hartanah
- Servis
Ada juga niche untuk produk fizikal seperti :
- Kesihatan
- Kecantikan
- Produk lelaki
- Baju
- Kasut
- Kelengkapan rumah
- Alatan memancing
- Motosikal
Banyak kan? Pening kepala nak pilih yang mana.
Cadangan kami, pilih niche produk yang mempunyai permintaan tinggi dan kurang persaingan.
Buat kajian dulu.
#2 Penyedia Perkhidmatan
Langkah kedua adalah mendaftarkan diri dengan penyedia perkhidmatan.
Untuk menjual produk digital, boleh daftar dengan :
Untuk menjual produk-produk fizikal, anda boleh cuba :
- Shopee
- Lazada
- Tik Tok
Sebenarnya ada banyak lagi penyedia perkhidmatan di negara kita.
Anda kena explore sendiri ya.
Dan buat kajian sama ada mereka trusted & liable atau tak.
Takut dah buat, tengok-tengok tak mampu nak bayar pulak.
#3 Bina Kandungan
Tricky part untuk bisnes ini bermula di sini.
Selepas anda dah daftar dan dapat pautan khas sendiri.
Anda tak boleh sewenang-wenangnya tabur di merata tempat.
Silap hari bulan, anda boleh kena banned sebab dikira melakukan spamming.
Kaedah yang betul adalah anda perlu belajar bina kandungan sendiri.
Apa itu kandungan (content)?
Ia boleh jadi :
- Artikel blog – seperti yang anda tengah baca ni
- Artikel FB
- Video Youtube
- Video Tik Tok
- Instagram post
- Dan lain-lain
#4 Buat Pemasaran
Dah buat content, takkan nak biar saja kan?
Jadi, kena la buat promosi biar orang tahu apa yang anda buat tu.
- Share artikel
- Share video
- Share gambar
Kongsikan content anda tu ke semua media sosial yang anda ada.
Jika anda ada bajet lebih, gunakan pengiklanan berbayar untuk tarik lebih ramai prospek melihat, menonton & membaca content anda tu.
#5 Konsisten & Buat Pemantauan
Sentiasa konsisten buat kandungan baru.
Usah cepat berpuas hati.
Dan selalu pantau prestasi sama ada klik ke link affiliate bertambah atau tak.
Ingat, lagi banyak klik berkualiti, lagi tinggi potensi untuk anda dapatkan jualan.
Cara Buat Affiliate Marketing
Cara buat affiliate marketing tidak terhad kepada produk-produk digital sahaja.
Ada kalanya, produk fizikal juga boleh.
Yang penting, cari lah produk yang mampu memberi kita passive income berterusan.
Walaupun kita dah tak menjualnya lagi.
Eh, ada ke produk macam tu?
Kenapa pula tak ada!
Oh yaa…
Alang-alang anda dah baca sampai ke sini.
Ada satu idea bisnes affiliate yang praktikal dan mudah dikawal yang kami nak kongsikan dengan anda.
[ Baca sini : Bisnes Online Terbaik & Praktikal Tahun 2025 ]
Ideanya adalah anda perlu buat bisnes affiliate yang ada 6 ciri-ciri berikut :
- produk keperluan
- tak perlu servis pelanggan
- jualan berlaku secara auto
- tidak membebankan
- boleh dijalankan secara part-time
- peluang jana passive income
Kenapa kena ada 6 ciri di atas tu?
Penting sangat ke?
Semua akan dikongsikan dalam webinar percuma cara buat affiliate marketing dari rumah.
Jemput join webinar ini terlebih dahulu ya. 😀
- Tempat : Rumah masing²
- Masa : 9 malam
- Alat : Handphone atau laptop
- Mode : Online
Dengar kemudian buat penilaian sama ada berbaloi atau tidak.
Mana tahu mungkin inilah peluang buat duit melalui affiliate yang anda cari.
Daftar sekarang dengan klik butang WhatsApp di bawah.