TUTORIAL – 5 Cara Mulakan Bisnes Dropship di Malaysia

Model bisnes dropship semakin mendapat perhatian masyarakat.

Kerana ia membolehkan sesiapa sahaja memulakan bisnes online tanpa perlu menyimpan stok atau menguruskan penghantaran.

Bisnes sebegini merupakan satu kaedah yang sesuai bagi mereka yang ingin menjana pendapatan secara online tanpa memerlukan modal yang besar.

Artikel ini akan menerangkan secara terperinci :

  • apa itu dropship
  • bagaimana ia berfungsi serta
  • cara untuk memulakan perniagaan dropship yang berjaya

Apa Itu Dropship

Dropship adalah model bisnes di mana penjual menjual produk kepada pelanggan tanpa perlu menyimpan stok sendiri.

Apabila ada pelanggan yang membuat pembelian.

Penjual hanya perlu membuat tempahan terus kepada pembekal atau HQ.

HQ kemudiannya akan menguruskan penghantaran produk terus kepada pelanggan. 

dropship
Kredit imej : Vulcanpost.com

Bagaimana Dropship Berfungsi?

Berikut adalah bagaimana konsep bisnes dropship berjalan.

  1. Pilih produk dari pembekal
  2. Letakkan produk tersebut dalam kedai online anda (Shopee, Lazada atau laman web sendiri)
  3. Pelanggan membuat pesanan dan membayar harga jualan kepada penjual
  4. Penjual membayar harga kos kepada pembekal dan memberikan butiran penghantaran pelanggan
  5. Pembekal menghantar produk terus kepada pelanggan

Kelebihan Bisnes Dropship

Kelebihan bisnes dropship berbanding bisnes konvensional yang lain adalah :

#1 Modal Rendah

Nak memulakan bisnes dropship ni biasanya modal sangat rendah.

Anda tidak perlu membeli stok secara pukal.

Cuma dalam sesetengah keadaan, HQ akan mengenakan yuran yang minimum sebagai syarat komitmen.

#2 Risiko Rendah

Dalam kebanyakan bisnes dropship.

Penjual biasanya tidak perlu risau tentang lebihan stok atau di mana nak simpan barang.

#3 Mudah Dimulakan

Bisnes ini mudah untuk dimulakan.

Daftar sebagai ejen drosphip dan anda sudah boleh mulakan jualan.

#4 Full Support

Biasanya mana-mana pemilik bisnes (HQ) akan menganjurkan kelas untuk ejen dropship supaya mereka boleh buat jualan serta-merta.

Dalam masa yang sama juga HQ ada menyediakan bahan-bahan pemasaran seperti gambar, video dan ayat copywriting.

Supaya mudah untuk rujukan ejen dropship.

#5 Banyak Pilihan Produk

Penjual atau ejen dropship biasanya tidak terikat dengan satu-satu syarikat sahaja.

Penjual boleh menjual beberapa produk sekaligus tanpa perlu khuatir nak simpan stok di mana.

Cara Mulakan Bisnes Dropship

Seterusnya kami nak kongsikan 5 strategi cara mulakan bisnes dropship ini. 

#1 Pilih Niche Yang Ada Permintaan

Niche bermaksud kategori produk.

Sebelum bermula, anda perlu buat sedikit kajian niche apa yang sentiasa mendapat permintaan tinggi serta kurang persaingan.

Antara tempat yang boleh dikaji adalah Google Trends atau Google Suggest.

Taip nama produk dan tengok jumlah carian bulanan di situ.

Dari situ, kita boleh filter produk apa yang mendapat permintaan tinggi dan produk apa yang kurang mendapat permintaan.

#2 Cari Pembekal Yang Dipercayai

Gunakan platform percuma sahaja dulu seperti FB Groups atau forum Majalah.com

Untuk produk luar negara, boleh pertimbangkan untuk mencari pembekal dari Ali Express atau Taobao.

#3 Bina Kedai Online

Untuk permulaan, biasanya penjual dropship akan menjual menggunakan FB Page.

Jadi anda pun usah ketinggalan.

Cuba bina FB Page sendiri, khusus untuk satu niche.

Jangan campur-adukkan niche yang pelbagai dalam 1 FB Page, nanti bakal pelanggan pening.

Selain FB Page, anda juga boleh jual produk melalui Shopee, Lazada atau TikTok.

#4 Jalankan Marketing

Tanpa marketing, bisnes akan mati.

Tak kisahlah sebagus apa pun produk yang anda jual.

Untuk permulaan, gunakan kaedah percuma dulu seperti :

  • FB Page
  • FB peribadi
  • FB Reels
  • WhatsApp Status
  • Instagram
  • Live Tik Tok
  • Channel Telegram

Seterusnya baru gunakan kaedah berbayar seperti :

  • Facebook Ads
  • Google Ads
  • Tik Tok Ads
  • Pemasaran influencer

#5 Alternatif Bisnes : Bisnes Tone Wow

Strategi ke-5 ini adalah lebih baik dan menarik berbanding strategi lain tadi.

Kerana apa?

Kerana bisnes Tone Wow ini jika dijalankan dengan kaedah yang betul.

Ia boleh membantu anda menjana passive income yang berterusan walau anda sudah tak buat bisnes ini lagi.

[ Baca sini : Tone Wow Peluang Buat Duit Dari Rumah ]

Cara Bisnes Online

Cara bisnes online yang baik tidak semestinya kita perlu jual sesuatu produk itu tiap-tiap bulan. 

Ada masanya, bisnes online sebegitu akan memenatkan kita. 

Tambah-tambah untuk orang yang bekerja sepenuh masa.

Bulan ni dah capai jualan 30 unit.

Masuk bulan depan, nak kena achieve 30 unit lain pula!

Kan penat tu?

Disebabkan itu, kami nak mengajak dan perkenalkan kepada anda.

Satu cara bisnes online yang lebih mesra KPI, boleh buat secara part-time dan tidak mengganggu masa bekerja anda.

[ Baca sini : Bisnes Online Terbaik & Praktikal Tahun 2025 ]

Caranya adalah anda perlu buat bisnes online yang ada 6 ciri-ciri berikut :

  • produk keperluan
  • tak perlu servis pelanggan
  • jualan berlaku secara auto
  • tidak membebankan
  • boleh dijalankan secara part-time
  • peluang jana passive income

Menariknya, 6 ciri-ciri bisnes online ini ada pada bisnes Tone Wow.

Jika anda nak tahu info lanjut.

Kami berbesar hati menjemput anda untuk mendengar webinar percuma berkaitan bisnes Tone Wow ini terlebih dahulu.

Jemput join webinar ini terlebih dahulu ya. 😀

  • Tempat : Rumah masing²
  • Masa : 9 malam
  • Alat : Handphone atau laptop
  • Mode : Online

Dengar kemudian buat penilaian sama ada berbaloi atau tidak.

Mana tahu mungkin strategi ke-5 inilah peluang buat duit online yang anda cari.

Daftar sekarang dengan klik butang WhatsApp di bawah.

bisnes online dari rumah

Leave a Comment