4 Cara Buat Passive Income Tahun 2025

Dalam dunia yang makin digital dan pantas berubah.

Ramai yang masih fikir nak tambah pendapatan itu perlukan masa lebih, kerja tambahan atau keluar rumah.

Cara Buat Passive Income

Tapi zaman sekarang dah berubah.

Ada cara buat passive income yang anda tak perlu pun keluar dari rumah.

Artikel kali ini bukan seperti artikel biasa.

Tips Tambah Pendapatan

Kami bawakan 4 contoh unik tips tambah pendapatan.

Ia realistik dan boleh diusahakan walaupun anda bukan “tech-savvy” atau pakar bisnes.

#1 Bina Kursus WhatsApp Ikut Kepakaran Anda

Ya, anda boleh buat duit hanya dengan ilmu dan WhatsApp.

Ini bukan kursus berplatform besar macam Udemy.

Tapi anda buat kelas simple.

Mungkin cara potong rambut anak, tips rawat kulit muka sendiri atau ajar asas menjahit langsir.

Formatnya :

  • Buka pendaftaran via Google Form
  • Bayaran melalui online banking
  • Buat group WhatsApp dan share ilmu melalui nota suara, gambar atau video
  • Sekali buat, boleh ulang-ulang selama mana permintaan masih ada

Ini cara buat passive income sebab anda tak perlu ulang mengajar setiap kali.

Bahan dah tersedia, peserta baru masuk dan belajar ikut jadual yang sama.

#2 Tulis Senarai Vendor & Jual Sebagai Panduan

Contohnya anda pernah kahwin dan ada pengalaman cari katering, pelamin, photographer dll.

Anda boleh himpunkan semua vendor ni, review secara ringkas harga, bajet dan lokasi.

Kemudian susun dalam e-book PDF dan jual sebagai “Vendor List”.

Ini juga sesuai untuk :

  • Bisnes pembekal barangan masakan (contoh : senarai pemborong bahan kek)
  • Servis digital (senarai freelancer murah tapi power)
  • Kedai borong pakaian kanak-kanak

Walaupun sekali tulis, anda boleh jual berkali-kali.

Ini cara nak tambah income yang sesuai kalau anda suka buat research dan menulis.

#3 Sewakan Dinding Sebagai Ruang Iklan

Anda tinggal di kawasan kampung, pekan kecil atau taman perumahan?

Cuba lihat dinding luar rumah, pagar, atau pintu gerbang rumah anda.

Boleh tak disewakan untuk bunting iklan?

tips tambah pendapatan
Iklan billboard | Kredit imej : Shutterstock.com

Ramai usahawan kecil, tukang urut, kelas tuisyen atau perkhidmatan servis kereta yang nak iklan murah, tapi tak mampu bayar billboard.

Anda boleh caj RM30–RM100 sebulan dan tampal 1–2 iklan.

Kalau ada 5 ruang, itu dah jadi pendapatan bulanan pasif.

Bisnes ni sangat jarang orang buat, tapi ia berpotensi.

#4 Rekod Audio Kanak-Kanak

Kalau anda pandai bercerita dan ada suara yang sedap didengar, ini peluang yang unik.

Ramai ibu bapa cari audio bedtime story untuk anak-anak dengar sebelum tidur.

Langkahnya :

  • Tulis atau adaptasi cerita klasik (pastikan tiada hak cipta)
  • Rekod dalam bentuk MP3
  • Jual pakej 5 atau 10 cerita melalui Telegram atau laman sendiri

Boleh jadi sumber passive income kerana fail audio boleh dijual berkali-kali tanpa kos tambahan.

[ Baca lagi : Peluang Buat Duit Dengan Simkad ]

Penutup : Cara Nak Tambah Income Gaya Mudah

Kalau anda perasan, semua contoh tadi bukan sekadar cara nak tambah income gaya biasa.

Ia lebih kepada memanfaatkan apa yang anda ada — ilmu, ruang, kemahiran atau masa.

Yang penting ialah keberanian untuk mula.

Jangan tunggu sempurna.

Cara buat passive income bukan semata-mata letak duit dan tunggu hasil, tapi lebih kepada bina sistem yang kerja untuk anda, walaupun anda sedang tidur atau bercuti.

Pilih satu yang paling sesuai dan cuba sekarang.

Rezeki tak datang dari langit, tapi dari usaha kecil yang konsisten.

Oh yaa, sebelum kami habiskan artikel ini, ada satu peluang bisnes online yang nak kami kongsikan kepada anda semua.

Ciri-ciri bisnes ini :

  • ia adalah produk keperluan
  • KPI rendah
  • orang guna hari-hari
  • boleh dijalankan secara part-time
  • tidak membebankan
  • boleh buat passive income

cara tambah pendapatan dari rumah

Jom luangkan masa dengar penerangan percuma dalam webinar online malam ini.

  • Tarikh : Hari ini
  • Jam : 9 malam
  • Tempat : Rumah anda
  • Mode : Online

Daftar sekarang webinar ini dengan klik butang WhatsApp di bawah.

bisnes online dari rumah

Leave a Comment