Nak mencari cara buat duit online terutamanya dari rumah bukannya satu perkara yang sukar sekarang ini.
Dengan akses internet yang stabil dan usaha yang berterusan.
Anda boleh membina sumber pendapatan yang stabil tak kira anda seorang suri rumah, pelajar universiti mahupun golongan bekerja.
Cara Buat Duit Online
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 cara buat duit online dari rumah yang mudah dan praktikal.
#1 Buat Duit Online Secara Freelance
Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam menulis, copywriting, design poster atau web development.
Maka anda boleh menawarkan perkhidmatan sebagai seorang freelancer.
Antara platform yang sesuai untuk buat duit online sebagai freelance ini termasuklah :
- Fiverr
- Upwork
- Freelancer
Platform-platform ini menyediakan peluang kepada anda untuk mencari pelanggan dari seluruh dunia.

Caranya, anda perlu mendaftar di platform tersebut dan mula mengiklankan servis yang bersesuaian dengan kemahiran yang anda ada.
#2 Buat Duit Online di e-Commerce
Trend e-commerce semakin popular sejak 10 tahun lepas dan ia terus berkembang.
Platform e-commerce membantu penjual untuk menjual produk fizikal atau digital.
Beberapa platform yang boleh digunakan ialah:
- Shopee
- Lazada
- Etsy (untuk produk handmade)
Sekiranya mampu, anda boleh bina laman e-commerce sendiri menggunakan WordPress atau Shopify.
Jika tidak, anda boleh menggunakan Shoppego (dulu dikenali dengan nama Shoppegram) yang jauh lebih mudah untuk dikawal.
Apa-apa pun, ia bergantung kepada skill dan keperluan bisnes masing-masing.
#3 Buat Duit Online Dengan Affiliate
Affiliate adalah kaedah di mana anda mempromosikan produk orang lain dan memperoleh komisen atas setiap jualan yang dibuat melalui pautan unik anda.
Sebenarnya ada persamaan antara program affiliate dan dropship.
Biasanya dropship lebih fokus kepada produk fizikal.
Manakala affiliate akan cover kedua-dua produk fizikal dan juga digital.
Antara program affiliate popular di Malaysia termasuklah :
- Shopee
- TikTok
Sekiranya anda nak cuba belajar buat affiliate dengan cara yang evergreen.
Kami ada tulis satu artikel penting di bawah.
[ Baca sini : Cara Mulakan Bisnes Affiliate ]
#4 Menjadi Content Creator
Sekiranya anda suka berkongsi ilmu atau hiburan dan suka untuk menonjolkan diri anda ke depan public.
Maka anda sesuai buat duit online sebagai seorang content creator di platform seperti YouTube, TikTok, atau Instagram.
Income sebagai seorang content creator biasanya akan datang melalui :
- Iklan (Google AdSense)
- Tajaan daripada jenama yang collab
- Jualan produk digital atau perkhidmatan
#5 Buat Duit Melalui Dropship
Dropship adalah model perniagaan di mana anda menjual produk tanpa perlu menyimpan stok.
Anda hanya perlu memproses pesanan pelanggan, dan pembekal akan menguruskan penghantaran.
Nak cuba belajar buat dropship dengan cara yang betul?
Baca dulu satu artikel menarik di bawah.
[ Baca sini : Cara Mulakan Bisnes Dropship ]
Cara Bisnes Online
Cara buat bisnes online tidak terhad kepada beberapa kaedah di atas sahaja.
Jika anda cari internet, terdapat pelbagai lagi cara yang boleh kita gunakan untuk buat duit secara online.
Cumanya anda perlu rajin untuk menilai mana satu bisnes online yang berbaloi untuk dijalankan.
Tambahan lagi jika anda seorang yang bekerja sepenuh masa.
Maka kekangan untuk menjalankan bisnes online akan lebih dirasai.
Oh yaa…
Sebelum anda tamatkan bacaan artikel ini.
Ada satu idea cara buat duit online yang praktikal dan mudah dikawal yang kami nak kongsikan dengan anda.
[ Baca sini : Bisnes Online Terbaik & Praktikal Tahun 2025 ]
Ideanya adalah anda perlu buat bisnes online yang ada 6 ciri-ciri berikut :
- produk keperluan
- tak perlu servis pelanggan
- jualan berlaku secara auto
- tidak membebankan
- boleh dijalankan secara part-time
- peluang jana passive income
Kenapa kena ada 6 ciri di atas tu?
Penting sangat ke?
Semua akan dikongsikan dalam webinar percuma cara buat duit online dari rumah.
Jemput join webinar ini terlebih dahulu ya. 😀
- Tempat : Rumah masing²
- Masa : 9 malam
- Alat : Handphone atau laptop
- Mode : Online
Dengar kemudian buat penilaian sama ada berbaloi atau tidak.
Mana tahu mungkin inilah cara buat duit online yang anda cari.
Daftar sekarang dengan klik butang WhatsApp di bawah.