Cara Buat Bisnes Online Untuk Suri Rumah 2025

Anda suri rumah?

Nak tahu tak cara buat bisnes online yang menguntungkan pada tahun 2025 ini?

Seiring dengan perkembangan teknologi, sesiapa sahaja termasuk suri rumah boleh memulakan perniagaan online tanpa modal yang besar.

Cara Membuat Bisnes Online

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 7 langkah mudah cara membuat bisnes online untuk anda sebagai suri rumah memulakan bisnes online dengan berkesan.

cara cara buat bisnes online
Kredit imej : ikram.org.my

#1 Pilih Niche Atau Produk Yang Sesuai

Langkah pertama dalam memulakan bisnes online ialah memilih niche atau produk yang mempunyai permintaan tinggi.

Apa itu niche? Niche adalah salah satu cabang atau segmen dalam sesuatu perkara. Kami berikan beberapa contoh niche dalam bisnes.

Contoh niche seperti :

  • Makanan
  • Minuman
  • Gajet
  • Alat Tulis
  • Pengangkutan
  • Perkhidmatan
  • Dan lain-lain

Anda boleh menjual pelbagai produk fizikal atau digital dalam pelbagai niche yang ada di negara kita.

Cuba gunakan beberapa tools percuma seperti Google Trends atau Keyword Planner untuk mengenal pasti tren pasaran.

Dari situ, kita akan nampak produk atau servis apa yang sedang mendapat permintaan dalam kalangan pelanggan. 

#2 Buat Kajian Pasaran

Cara seterusnya untuk memulakan bisnes online adalah untuk cuba fahami dulu siapa sasaran pelanggan anda.

Membuat kajian pasaran membantu bakal peniaga online memahami keperluan pelanggan seterusnya dapat membantu untuk bersaing dengan lebih baik.

#3 Pilih Platform Jualan

Pada zaman moden ini, terdapat pelbagai platform untuk menjual produk anda.

Antaranya termasuklah : 

  • Marketplace : Shopee, Lazada, Etsy
  • Media Sosial : Facebook, Instagram, TikTok
  • Laman Web Sendiri : Menggunakan WordPress atau Shopify

Anda perlu buat sedikit kajian platform apa yang sesuai untuk anda gunakan dalam bisnes online masing-masing.

Setiap platform ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

#4 Lakukan Pemasaran

Kunci kejayaan biasanya datang dari kaedah pemasaran yang berkesan.

Terdapat beberapa kaedah pemasaran yang boleh anda pertimbangkan dalam memulakan bisnes online.

Antaranya adalah : 

  • SEO (Search Engine Optimization)
  • Iklan Berbayar seperti Google Ads & Facebook Ads

#5 Tempahan & Penghantaran

Jika anda menjual produk fizikal, pastikan anda mempunyai sistem pengurusan stok dan penghantaran yang cekap.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran seperti PosLaju atau J&T Express.

Sebaliknya jika anda menjual produk digital, anda boleh menggunakan perkhidmatan OnPay untuk menghantar produk tersebut kepada pelanggan anda secara automatik.

#6 Khidmat Pelanggan

Kepuasan pelanggan adalah faktor utama dalam kejayaan perniagaan baik perniagaan secara tradisional atau perniagaan secara online.

Sekiranya terdapat kekurangan, perbaiki ia sebaik mungkin untuk memastikan kelancaran bisnes online anda.

Sentiasa bersifat responsif terhadap apa saja teguran dan cadangan daripada pelanggan anda. 

#7 Analisis

Belajar untuk menggunakan data untuk mengukur keberkesanan strategi bisnes anda.

Jika tak tahu, hantar staf untuk mengikuti latihan di luar.

Anda juga boleh menggunakan tools percuma yang dibekalkan oleh Google seperti Google Analytics.

Ia boleh membantu anda memahami behaviour, demografik serta tingkah laku pelanggan anda.

Cara Cara Buat Bisnes Online

Sebagai seorang suri rumah, memulakan bisnes online bukanlah sesuatu yang sukar jika anda mempunyai strategi yang betul.

Dengan mengikuti cara cara buat bisnes online di atas.

Anda boleh membina perniagaan yang berjaya dan berkembang dalam jangka masa panjang.

Semoga berjaya dalam perjalanan bisnes online anda!

Oh yaa…

Sebelum anda tamatkan bacaan artikel ini.

Ada satu idea bisnes online yang praktikal dan mudah dikawal yang kami nak kongsikan dengan anda.

[ Baca sini : Bisnes Online Terbaik & Praktikal Tahun 2025 ]

Ideanya adalah anda perlu buat bisnes online yang ada 6 ciri-ciri berikut :

  • produk keperluan
  • tak perlu servis pelanggan
  • jualan berlaku secara auto
  • tidak membebankan
  • boleh dijalankan secara part-time
  • peluang jana passive income

Kenapa kena ada 6 ciri di atas tu?

Penting sangat ke?

Semua akan dikongsikan dalam webinar percuma cara cara buat bisnes online dari rumah.

Jemput join webinar ini terlebih dahulu ya. 😀

  • Tempat : Rumah masing²
  • Masa : 9 malam
  • Alat : Handphone atau laptop
  • Mode : Online

Dengar kemudian buat penilaian sama ada berbaloi atau tidak.

Mana tahu mungkin inilah peluang bisnes online yang anda cari selama ini.

Daftar sekarang dengan klik butang WhatsApp di bawah.

bisnes online dari rumah

Leave a Comment