5 Idea Nak Capai Passive Income Tahun 2025

Pernah dengar pasal passive income?

Kalau dah tahu apa itu passive income, tahniah kami ucapkan.

Jika belum tahu, sila stay di sini kerana dalam artikel ini kami akan kongsikan apa itu passive income dan bagaimana nak mencapainya.

Apa Itu Passive Income?

Passive income adalah satu jenis pendapatan yang akan kita raih walaupun kita telah lama meninggalkan pekerjaan tersebut.

Dalam kata mudah, jika kita ada modal sebanyak RM10,000 dan kita peram dalam Tabung Haji.

Dengan anggaran dividen sebanyak 4%, maka tahun depan sekitar bulan Mac macamtu, Tabung Haji akan beri kita sebanyak RM400.

Dan duit ini bolehlah dikatakan sebagai passive income dalam keadaan kita tak buat apa-apa dah.

Biarkan je Tabung Haji yang uruskan atau laburkan dalam pasaran patuh Syariah.

Passive Income vs Active Income

Pendapatan aktif atau lebih dikenali sebagai active income pula konsepnya berbeza.

Pendapatan aktif ini sebenarnya adalah pendapatan bulanan kita yang mana ia bersifat fixed.

Sama ada kita bekerja di sektor awam mahupun swasta, selagi mana mana kita sihat untuk bekerja selagi itulah majikan akan membayar kita.

Pendapatan ini automatik akan terhenti sekiranya kita berhenti bekerja.

Yang mana lebih baik antara active income atau passive income?

Kedua-duanya adalah baik dan kedua-duanya perlu diusahakan agar kita ada backup sekiranya berlaku sesuatu yang tak diingini.

5 Idea Passive Income

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 idea passive income yang biasa orang buat untuk capai pendapatan 4 angka sebulan.

#1 Pelaburan Unit Trust

Antara instrumen pelaburan yang sering dipilih oleh orang ramai adalah pelaburan unit amanah ataupun Unit Trust.

Pelaburan ini akan diuruskan oleh seorang pengurus dana yang bertauliah, profesional dan berpengalaman serta dana ini boleh dilaburkan dalam pelbagai pasaran dalam dan luar negara.

Pelaburan Unit Trust ini selamat dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Untuk pelabur beragama Islam, kami nasihatkan anda untuk memilih pelaburan yang patuh Syariah.

#2 Tabung Haji

Untuk pencarum-pencarum yang mahukan lebih keselamatan dan tak mahu berhadapan dengan risiko yang pelbagai.

Anda boleh memasukkan modal anda ke dalam simpanan Tabung Haji.

Ia lebih mudah dan kurang risiko berbanding melabur di instrumen lain.

Dengan anggaran pulangan dividen sekitar 3-5% setahun, maka ia adalah satu jumlah yang agak besar.

Tambahan lagi, dividen itu sudah dikenakan zakat.

Sama ada anda nak keluarkan dividen atau nak biarkan saja dividen tersebut untuk compounding, terpulang kepada diri sendiri.

Bagi kami, mencarum dalam Tabung Haji boleh dikategorikan sebagai antara satu idea passive income yang selamat untuk dicuba.

#3 Rumah Sewa

Projek rumah sewa juga adalah salah satu sumber untuk menjana passive income.

Anda beli rumah sendiri, kemudian sewakan ikut kepala.

Tetapi, sebelum anda mulakan projek pelaburan rumah sewa ini, ada baiknya jika anda faham dulu risiko-risiko yang mungkin terjadi di masa hadapan.

Risiko-risiko yang dimaksudkan termasuklah seperti :

  • rumah rosak
  • penyewa lambat bayar
  • bil tertunggak
  • penyewa melarikan diri dan sebagainya

Nasihat kami, carilah mentor yang betul-betul proven dalam industri pelaburan rumah sewa ini.

Kemudian, belajarlah dengan dia dulu sebelum anda terjun dalam dunia rumah sewa.

#4 Sublet

Pernah dengar pasal sublet?

Sublet juga merupakan salah satu kaedah menjana passive income.

Sublet merujuk kepada seseorang yang menjadi orang tengah atau ejen kepada rumah sewa.

Anda menjadi perantara antara tuan rumah dan penyewa-penyewa.

Dalam bisnes sublet ini, anda tak perlu keluarkan duit untuk membeli rumah terlebih dahulu.

Anda cuma perlukan kerajinan untuk offer kepada tuan rumah untuk tolong menjaga rumah mereka dan maklumkan kepada tuan rumah bahawa anda akan tolong dia mencari penyewa.

Kadang-kadang tuan rumah duduk jauh.

Dia tinggal di Perak tetapi rumahnya berada di Kuantan. Anda pula tinggal di Kuantan.

Jadi, anda deal dengan tuan rumah untuk tolong carikan penyewa dan dalam masa yang sama, anda kena pastikan bahawa rumah tersebut berada dalam keadaan yang baik.

Untuk setiap rumah sewa, anda ambil la untung sekitar RM100-RM150.

Jika nak lebih? Carilah sekitar 3 buah rumah.

Nampak mudah kan?

Perlu diingat, bisnes sublet ini juga ada risiko-risiko yang hampir sama dengan bisnes pelaburan rumah sewa.

#5 Bisnes Online

Idea kelima yang nak kami kongsikan ini adalah lebih praktikal dan mudah dikawal berbanding idea-idea sebelum ini.

[ Baca lagi : 4 Tips Bisnes Online Tanpa Modal ]

Cadangan kami adalah anda perlu buat bisnes online yang ada 6 ciri-ciri berikut :

  • produk keperluan
  • tak perlu servis pelanggan
  • jualan berlaku secara auto
  • tidak membebankan
  • boleh dijalankan secara part-time
  • peluang jana passive income

Kenapa kena ada 6 ciri di atas tu?

Penting sangat ke?

Semua akan dikongsikan dalam webinar percuma peluang jana passive incomeĀ dari rumah.

Jemput join webinar ini terlebih dahulu ya. šŸ˜€

  • Tempat : Rumah masing²
  • Masa : 9 malam
  • Alat : HandphoneĀ atau laptop
  • Mode : Online

Dengar kemudian buat penilaian sama ada berbaloi atau tidak.

Mana tahu mungkin inilah peluang jana passive income yang anda cari.

Daftar sekarang dengan klik butang WhatsApp di bawah.

bisnes online dari rumah

Leave a Comment