5 Strategi Cara Tambah Pendapatan Dari Rumah

Zaman sekarang ni zaman ekonomi berkembang.

Ramai yang bergaji tapi gaji kecil sangat.

Kadang-kadang, bukan sebab kita tak cukup bersyukur.

Tapi bila gaji bulan baru je masuk, belum hujung bulan dah habis, siapa yang tak pening?

Ramai orang sekarang cari cara tambah pendapatan sebab nak hidup lebih selesa.

Bukan nak mewah, cukup nak bebas dari stres duit.

Kalau anda rasa benda yang sama, percayalah.

Anda tak keseorangan.

Kenapa Kena Tambah Pendapatan?

Bila kita ada lebih daripada satu sumber pendapatan :

  • Kita tak takut sangat bila hilang kerja
  • Kita ada lebih bajet untuk keperluan keluarga
  • Kita boleh simpan untuk kecemasan dan pelaburan

Tambah pendapatan bukan soal tamak, tapi soal survival zaman sekarang.

Lagi cepat kita cari jalan, lagi tenang hati bila datang ujian hidup.

Apa Pilihan Cara Tambah Pendapatan?

Berikut merupakan beberapa idea cara tambah pendapatan yang praktikal yang boleh dimulakan, walaupun anda sedang bekerja :

#1 Jadi Ejen Produk Viral

Pilih produk yang tengah trending dan memang sedang laku keras.

Cari sekiranya owner produk tersebut ada membuka peluang dropship.

Lebih mudah sebab anda tak perlu pegang stok.

Anda hanya fokus untuk buat marketing & content sahaja.

Modal rendah & risiko pun rendah.

[ Baca lagi : Cara Buat Bisnes Dropship ]

#2 Servis Kecil-Kecilan

Sekiranya anda ada bakat dalam mana-mana servis atau perkhidmatan seperti :

  • Menjahit tudung
  • Masak catering kecil
  • Fotografi 
  • Jaga anak jiran 

Anda boleh setup bisnes tersebut secara kecil-kecilan dulu.

Tak perlu mula dengan besar terus.

Mulakan dengan pelanggan-pelanggan kecil dulu.

Bila dah berkembang baru boleh dipertimbangkan untuk membesarkan lagi perkhidmatan tersebut.

#3 Freelance

Kalau anda ada laptop dan internet, dunia freelance terbuka luas.

Antara khidmat freelance yang anda boleh tawarkan termasuklah :

  • Menulis artikel
  • Terjemahkan dokumen
  • Edit video
  • Jadi virtual assistant
  • Buatkan iklan berbayar

Sekiranya anda punya kemahiran tersebut, boleh daftar di platform Fiverr, Upwork ataupun Freelancer.

Ramai orang sekarang jadikan freelance sebagai cara tambah pendapatan utama.

#4 Mengajar Online

Mengajar secara online atau menjadi tutor ni ramai yang dah buat sebenarnya.

Tapi masih belum mencukupi kerana pelajar seluruh Malaysia ni ramai.

Ibu bapa perlukan guru khas atau guru tambahan untuk anak mereka.

Kadang-kadang guru di sekolah tak menang tangan nak handle anak-anak pelajar yang terlalu ramai dalam kelas.

Jadi sekiranya anda ada kemahiran dalam sesuatu pelajaran dan boleh mengajar secara persendirian, maka anda boleh mengadakan kelas online untuk mereka.

Kadar bayaran boleh tahan tinggi.

cara cari duit
Kelas online | Kredit imej : sekolah.mu

Antara pelajaran yang sentiasa mendapat permintaan termasuklah :

  • Mengaji
  • Iqra’
  • Quran
  • Membaca
  • Matematik
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Perakaunan 

Tak perlu keluar rumah dan tak perlu sewa tempat.

Anda boleh buat iklan di Facebook, Telegram serta TikTok.

InsyaAllah mudah dapat pelajar.

#5 Jual Barang Preloved

Barang yang anda dah tak pakai boleh ditukar menjadi duit.

Contohnya seperti :

  • Baju bundle
  • Gadget lama
  • Buku
  • Perabot

Anda boleh jual menggunakan platform seperti Carousell, Mudah.my atau Facebook Marketplace.

Sambil lapang-lapang kemas rumah, sambil boleh tambah poket!

Bagaimana Nak Bermula Tambah Pendapatan?

Benda pertama yang perlu anda buat jika nak tambah pendapatan adalah : 

  1. Kenal pasti minat – Supaya anda mudah nak kekalkan momentum perniagaan tersebut
  2. Rancang masa kerja – Jangan ganggu kerja tetap kalau anda masih bekerja
  3. Target income kena jelas – Nak cari extra RM500 sebulan. Jadi anda fokus kepada matlamat tersebut

Kalau anda tak ada perancangan yang baik.

Anda akan mudah give up bila hasil lambat datang.

Antara kesilapan yang ramai orang buat semasa nak tambah pendapatan adalah :

  • Tamak
  • Cepat putus asa
  • Taknak belajar perkara baru

Penutup : Cara Cari Duit Dengan Sentiasa Berusaha

Tak kira anda muda ke, dah veteran ke.

Cara cari duit sentiasa terbuka untuk semua orang.

Yang penting:

  • Jangan malu mula kecil
  • Jangan putus asa walaupun lambat
  • Jangan takut belajar benda baru

Ingat, nak tambah pendapatan bukan sekadar niat untuk beli barang mewah je.

Kadang-kadang untuk cukupkan keperluan keluarga pun dah cukup besar maknanya.

Yang penting, kita ikhtiar dan serahkan selebihnya pada Allah.

Sebelum kami terlupa.

Ada satu peluang bisnes online yang nak kami kongsikan kepada anda semua.

Ciri-ciri bisnes ini :

  • ia adalah produk keperluan
  • KPI rendah
  • orang guna hari-hari
  • boleh dijalankan secara part-time
  • tidak membebankan
  • boleh buat passive income

cara tambah pendapatan dari rumah

Jom luangkan masa dengar penerangan percuma dalam webinar online malam ini.

  • Tarikh : Hari ini
  • Jam : 9 malam
  • Tempat : Rumah anda
  • Mode : Online

Daftar sekarang webinar ini dengan klik butang WhatsApp di bawah.

bisnes online dari rumah

Leave a Comment