Cara Buat Bisnes Dropship Tahun 2025

Anda sedang mencari artikel tentang cara buat bisnes dropship?

Kami percaya dalam dunia perniagaan internet yang serba mencabar ini.

Seseorang mesti berusaha dengan sangat gigih untuk menambah pendapatan.

Salah satunya adalah dengan menjalankan bisnes dropship.

Anda mesti pernah dengar pasal dropship. Betul kan?

Apa Itu Dropship?

Jika anda belum pernah dan tahu apa itu dropship.

Teruskan berada di artikel ini.

Kami akan terangkan secara terperinci.

Dropship adalah sebuah model bisnes online di mana penjual menjual produk kepada pelanggan tanpa perlu menyimpan stok sendiri.

Apabila pelanggan membuat pembelian, pelanggan akan membayar kepada penjual dulu.

Kemudian barulah penjual membuat pesanan kepada pembekal atau HQ. 

HQ atau pembekal lah yang akan menguruskan penghantaran produk terus kepada pelanggan.

Jelas tak?

Bagaimana Dropship Berfungsi?

Jom kita tengok dengan lebih terperinci bagaimana dropship berfungsi.

  1. Pilih produk dari pembekal dropship
  2. Letakkan produk tersebut dalam kedai online anda (Shopee, Lazada, atau laman web sendiri)
  3. Pelanggan membuat pesanan dan membayar harga runcit kepada anda
  4. Anda membayar harga borong kepada pembekal dan memberikan butiran penghantaran pelanggan
  5. Pembekal menghantar produk terus kepada pelanggan

Kelebihan Bisnes Dropship

Kelebihan bisnes ada banyak. Antaranya adalah :

#1 Modal Rendah

Penjual tidak perlu membeli stok secara pukal atau banyak dari pembekal atau HQ.

#2 Risiko Rendah

Penjual biasanya tidak terlibat dengan urusan penyimpanan stok.

Jadi dia tak perlu tahu soal penyimpanan barang.

#3 Mudah Dimulakan

Untuk memulakan bisnes dropship, tersangatlah mudah.

Penjual hanya memerlukan akses internet dan platform jualan.

#4 Fleksibel

Urusan jual beli boleh dilakukan dari mana-mana sahaja.

#5 Banyak Pilihan Produk

Penjual boleh menjual pelbagai jenis produk dalam pelbagai niche tanpa perlu menyimpan stok.

Cabaran Dalam Bisnes Dropship

Walaupun dropship mempunyai banyak kelebihan.

Terdapat juga beberapa cabaran yang perlu dihadapi :

  • Persaingan tinggi – Memandangkan sesiapa sahaja boleh memulakan dropship, persaingan boleh menjadi agak sengit
  • Keuntungan lebih rendah – Oleh kerana penjual tidak membeli barang secara banyak, margin keuntungan mungkin lebih kecil
  • Kawalan terhad terhadap produk dan penghantaran – Penjual bergantung sepenuhnya kepada pembekal untuk menguruskan stok dan penghantaran

Cara Buat Bisnes Dropship

Cara nak buat bisnes dropship tidaklah terlalu sukar.

Anda boleh merujuk kepada 4 cara buat bisnes dropship yang akan kami kongsikan di bawah.

#1 Pemilihan Niche

Langkah pertama adalah pemilihan kategori produk.

Pilihlah kategori yang mendapat permintaan tinggi atau kurang persaingan.

Bagaimana nak tahu permintaan sesuatu produk itu tinggi atau tidak.

Boleh gunakan tools percuma daripada Google iaitu Google Trends.

Daripada situ, kita boleh tahu status sesuatu produk sama ada tengah trending atau sudah melepasi fasa trending.

Seeloknya buat jualan semasa produk itu tengah trending dan hot.

Adapun sekiranya anda tak mahu menjual produk niche trending.

Anda juga boleh memilih untuk menjual produk niche evergreen.

Seperti produk kesihatan dan kecantikan.

Niche dalam segmen kesihatan dan kecantikan boleh dikelaskan sebagai niche yang evergreen.

Cumanya produk-produk dalam niche tersebut akan menjadi tepu setelah beberapa ketika.

Datang suatu masa, produk jenama lain pula akan ambil alih pasaran.

#2 Cari Pembekal Yang Dipercayai

Pembekal yang dipercayai sangat penting dalam fasa kedua ini.

Buat kajian tentang pembekal yang berpengalaman & trusted supaya pelanggan tidak tertunggu-tunggu sekiranya berlaku kerosakan produk atau kelewatan produk sampai.

Antara benda-benda yang perlu anda nilai adalah :

  • Tempoh penghantaran
  • Sistem tempahan
  • Polisi pertukaran barang (sekiranya rosak)
  • Khidmat pelanggan

Sekiranya anda memilih nak masuk niche kecantikan.

Kami cadangkan anda untuk mencuba pembekal ini —>> Heidi Empire Trading.

dropship Pinklady
Produk jenama Pinklady

Mereka bertanggungjawab dalam mengeluarkan produk-produk jenama Pinklady.

Nak daftar sebagai dropship Pinklady, klik sini.

Kemudian, WhatsApp saya untuk mengaktifkan akaun anda.

Jangan lupa tau, kalau tak akaun anda tak aktif.

#3 Bina Kedai Online

Fasa ketiga dalam cara buat bisnes dropship adalah membina kedai online anda sendiri.

Anda boleh membinanya menggunakan beberapa platform seperti :

  • FB Page
  • Instagram
  • TikTok
  • WordPress
  • Shoppego

Sekiranya anda mahir perkara-perkara teknikal, gunalah WordPress atau Shoppego.

Sekiranya tidak, boleh terus menggunakan platform 1-3 di atas.

#4 Pemasaran

Fasa keempat ini adalah fasa yang tersangat penting.

Produk yang baik sekalipun, jika anda sebagai penjual tidak bercerita kepada orang lain, mereka tidak akan tahu bahawa anda sedang menjualnya.

Bercerita kepada orang adalah content.

Content is part of marketing.

Usah malu.

Gunakan sumber media sosial yang percuma dulu seperti :

  • WhatsApp status
  • WhatsApp group
  • FB profile
  • FB Page
  • Instagram
  • TikTok
  • FB Reels

Nanti jualan dah mula masuk, baru pergi ke kaedah pemasaran berbayar pula.

Peluang Buat Duit Online

Cara buat bisnes dropship menggunakan 4 kaedah di atas adalah kaedah biasa dalam bisnes di internet.

Sebenarnya kami nak share kepada anda bahawa peluang buat duit online tidak semestinya melalui dropship sahaja.

peluang buat duit online
Content adalah sebahagian daripada marketing

Oh yaa…

Jika anda sudah boring dengan cara buat bisnes drosphip yang biasa.

Ada satu idea peluang buat duit online yang praktikal dan mudah dikawal yang kami nak kongsikan dengan anda.

Dan ia sangat baik untuk orang yang bekerja sepenuh masa kerana bisnes ini boleh dijalankan secara part-time sahaja.

[ Baca sini : Bisnes Online Terbaik & Praktikal Tahun 2025 ]

Ideanya adalah anda perlu buat duit online yang ada 6 ciri-ciri berikut :

  • produk keperluan
  • tak perlu servis pelanggan
  • jualan berlaku secara auto
  • tidak membebankan
  • boleh dijalankan secara part-time
  • peluang jana passive income

Kenapa kena ada 6 ciri di atas tu?

Penting sangat ke?

Semua akan dikongsikan dalam webinar percuma peluang buat duit online dari rumah.

Jemput join webinar ini terlebih dahulu ya. 😀

  • Tempat : Rumah masing²
  • Masa : 9 malam
  • Alat : Handphone atau laptop
  • Mode : Online

Dengar kemudian buat penilaian sama ada berbaloi atau tidak.

Mana tahu mungkin inilah peluang buat duit online dari rumah yang anda cari.

Daftar sekarang dengan klik butang WhatsApp di bawah.

bisnes online dari rumah

Leave a Comment