6 Idea Bisnes Online Sesuai Untuk Newbie Tahun 2025

Peluang untuk menjana pendapatan secara online semakin luas.

Sama ada anda ingin mencari pendapatan sampingan atau membina perniagaan sepenuh masa, terdapat banyak idea bisnes online yang boleh anda cuba.

Idea Bisnes Online

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 6 idea bisnes online yang sesuai untuk newbie dan menguntungkan.

#1 Bisnes Dropship

Dropship adalah sebuah model bisnes di mana anda bertindak sebagai penjual produk sahaja.

Dalam dropship, anda tanpa perlu menyimpan stok.

Anda hanya perlu membuat pesanan kepada pembekal setelah pelanggan membeli dari anda.

Pelanggan bank-in duit ke akaun bank anda.

Kemudian, anda pula bank-in kepada owner produk atau HQ dan biarkan mereka uruskan penghantaran produk.

Kelebihan bisnes dropship adalah anda bermula dengan modal yang rendah.

Dalam kebanyakan kes, anda tidak memerlukan sebarang yuran untuk memulakan bisnes dropship ini.

Dan anda juga tiada risiko lebihan stok untuk disimpan kerana stok akan dipegang oleh HQ.

idea bisnes online
Konsep bagaimana bisnes dropship berjalan

[ Baca sini : Cara Mulakan Bisnes Dropship ]

#2 Bisnes Affiliate Produk Fizikal

Bisnes affiliate kelihatannya hampir serupa dengan bisnes drosphip.

Cumanya bisnes affiliate adalah lebih teknikal kerana ia melibatkan link atau pautan unik setiap penjual.

Penjual yang berdaftar dengan mana-mana pengendali program affiliate akan diberikan pautan khas.

Penjual perlu membuat promosi dan jika ada jualan yang berlaku, maka satu jualan akan dikira.

Sistem seterusnya akan melihat rekod link penjual mana yang ditekan.

Barulah komisen akan di-assign kepada penjual tersebut.

Contoh program affiliate yang terkenal termasuklah affiliate Shopee, Lazada dan TikTok.

Ini adalah program affiliate yang melibatkan produk fizikal.

#3 Bisnes Affiliate Produk Digital

Bisnes affiliate tidak terhad kepada produk fizikal sahaja.

Jika anda belum tahu, bisnes affiliate di Malaysia sebenarnya bermula dengan produk digital seperti ebook, webinar, audio dan DVD dari pelbagai niche.

Manakala contoh pengendali program affiliate produk digital di Malaysia pula termasuklah :

  • JVSecurepay
  • JVWarrior
  • Klikjer 

Kelebihan bisnes affiliate produk digital ini adalah margin keuntungannya sangat tinggi.

Kadang-kadang mencecah lebih 50% untuk setiap produk.

[ Baca sini : Cara Mulakan Bisnes Affiliate ]

#4 Guru Online

Masa zaman PKP, ramai yang terjejas tidak boleh keluar kerja dan hantar anak ke sekolah.

Jadi antara pekerjaan yang top ketika itu adalah guru online.

Sama ada guru mengaji atau guru subjek sekolah rendah dan menengah.

Jika anda pandai, berkelayakan & minat dalam mengajar, anda boleh consider untuk menjadikan kerjaya ini sebagai satu bentuk bisnes online dari rumah.

Pendapatannya boleh tahan lumayan tau.

#5 Menjual Barang di Pasaran Tempatan

Dunia e-commerce tempatan sedang berkembang sejak lebih dari 5 tahun lalu.

Platform-platform seperti Shopee, Lazada, dan Carousell memudahkan anda menjual produk fizikal.

Anda boleh menjual barang sendiri atau membeli secara borong di AliBaba atau Ali Express.

Dan menjual semula di pasaran tempatan dengan harga yang bersesuaian.

#6 Menjual Barang di Pasaran Antarabangsa

Nak menjual barangan di pasaran antarabangsa?

Anda boleh pertimbangkan untuk buat bisnes eBay.

Salah seorang trainer Malaysia yang bertempat di Johor ada buat panduan dan kelas bagaimana nak jual barangan yang dibeli di Shopee dan menjual semula di pasaran eBay.

Hasilnya sangat lumayan kerana kadar tukaran wang adalah sekitar 4 kali ganda duit Malaysia.

Tetapi nak berjaya dalam bisnes eBay bukan senang tau.

Banyak prosedur dan selok-belok yang perlu anda kuasai sebelum anda menjadi mahir.

Sebagai rujukan jika anda nak buat bisnes online eBay, boleh rujuk panduan ini.

Buat Bisnes Online Dari Rumah

Nak buat bisnes online dari rumah bukan bererti anda perlu keluarkan kos modal yang tinggi.

Ada kalanya bisnes online modal rendah pun mampu memberi seseorang pulangan yang lumayan jika kena caranya.

Syaratnya seseorang itu perlu rajin untuk menilai mana satu bisnes online yang berbaloi untuk dijalankan.

Tambahan lagi jika anda seorang yang bekerja sepenuh masa.

Maka kekangan untuk menjalankan bisnes online akan lebih dirasai.

Oh yaa…

Sebelum anda tamatkan bacaan artikel ini.

Ada satu idea bisnes online yang praktikal dan mudah dikawal yang kami nak kongsikan dengan anda.

[ Baca sini : Bisnes Online Terbaik & Praktikal Tahun 2025 ]

Ideanya adalah anda perlu buat bisnes online yang ada 6 ciri-ciri berikut :

  • produk keperluan
  • tak perlu servis pelanggan
  • jualan berlaku secara auto
  • tidak membebankan
  • boleh dijalankan secara part-time
  • peluang jana passive income

Kenapa kena ada 6 ciri di atas tu?

Penting sangat ke?

Semua akan dikongsikan dalam webinar percuma cara buat bisnes online dari rumah.

Jemput join webinar ini terlebih dahulu ya. 😀

  • Tempat : Rumah masing²
  • Masa : 9 malam
  • Alat : Handphone atau laptop
  • Mode : Online

Dengar kemudian buat penilaian sama ada berbaloi atau tidak.

Mana tahu mungkin inilah peluang buat bisnes online dari rumah yang anda cari.

Daftar sekarang dengan klik butang WhatsApp di bawah.

bisnes online dari rumah

Leave a Comment